10 March 2011

~Kenapa Aku Bukan Prof ?~

Assalamualaikum semua.

Pekabo? sihat? dah makan? nak salam.....hehe (ayat zida)
Petang-petang ni terasa mengantuk aih. Angin sepoi-sepoi lemah lembut.
Tadi hujan siap ada petir kebabom. Terkejut teman..
Hajat di hati nak study pasal philosophy. Al-maklum la petang-petang ni kalau bab kena baca artikel ni memang la terbaek. Mata ni macam kena gam-gam...melekat tak leh nak bukak..hehe

Hari ni tak dak ilham nak wat ayat puitis, syahdu yang menusuk jiwa..ilham nak tido je keroje ni. Kak Faz soh update pasal si dia..gulpppp sapa si dia tu? hahaha. Meh teman nak berceghite pasal kelas tadi.

Tadi kelas computer architecture and organization (CAO). Pernah tulis entry pasal course ni. Course ni agak tough and di kira core subject. Aku ni sebenarnya kira suka kelas ni. Prof sgt banyak ilmu dan selalu kasi informasi. Kadang-kadang malu der sebab apa yang prof tanya semua tak berapa tahu. Prof tanya aku sengih. Prof tanya lagi aku pun sengih lagi...hahahaha

Aduyai nak masuk kelas ni kena tahu banyak pengetahuan am. Kalau tak terasa diriku kecil seperti tikus..ummm aku takut tikus. Ok2 tukar jadi aku terasa kecil seperti tikus hamster..memang terasa rendah diri sangat-sangat dengan prof tu. Nampak macam aku tak layak je jadi student master. Tapi kata-kata prof semua betul. nak kasi motivasi sikit kat kitorang semua supaya jangan amek mudah. Student master kena advance, kena banyak pengetahuan, jangan nak tunggu lecturer suap pastu nganga jer (Prof tak cakap macam ni ye..aku je suka hati tambah perasa..hehe)..I really envy with prof. Dah la blajo kat US, pastu pengetahuan memang superb, teknikal power..memang terbaekkk la.

Jangan salah paham k. Prof tak marah kitorang pun. Prof nasihat dengan penuh berhikmah. Niat prof satu je. Nak lahirkan pelajar yang bukan belajar untuk kumpul straight A's semata-mata. Tapi pelajar yang belajar untuk hidup, belajar supaya dapat beri sumbangan kepada orang lain. Baru dapat "wisdom".

Moral of the story, please learn to have an attitude of master's student, gain much much general knowledge, don't spend my time with "lagho" things...hehehehe..
Kepada kengkawan, jangan lupa daku dalam doamu ^_^

2 comments:

  1. tula..pasni xd karok2 da taw..fokus2~!hahahaha

    ReplyDelete
  2. karok tu dah kira aktiviti bulanan yer..hahaha
    pasni saya akan terus fokus membaca segala arrrtikel..<-- bak kata zida

    ReplyDelete