04 March 2011

~Pelajar UiTM Terkorban Dalam Kemalangan di Perlis~

Innalillah Wainnalillahi Rojiun

Aku pun tau berita ni dari kak mas..Tetibe Kak Mas send messages kat fb.

Kak Mas : try bukak link nie..junior kita ker?

Saya : ade ke junior kita nama umi kalsom? tp dia ckp sains komputer. jap saya cek kat senarai nama bits.

Kak Mas :  tak tahu la diploma ker degree

Saya : xdak la nama junior yg baru2 tu..tp dia dak arau

Kak Mas : 2 la...akak terkejut gak....

Aku pun tak confirm betul ke pelajar tu fakulti sama dengan aku.  Akhirnya persoalan terjawab. Iye memang betul. Miss Syaf, pensyarah kat UiTM Perlis ada mesej Nani kata ada pelajar arau meninggal sebab kemalangan. Masa malam kejadian Miss Syaf pergi buat polis report bila kawan-kawan pelajar tu jumpa Miss Syaf. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamha Umi Kalsum. Semoga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah..

Ini keratan akhbar dari Bernama :-

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Arau-Kodiang, dekat sini malam tadi.
Mayat penuntut Tahun Tiga jurusan Sains Komputer, Umi Kalsom Abdul Majid, 24, ditemui orang ramai pada pukul 7.30 pagi ini sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam (KJKA), Perlis DSP Ibrahim Idris berkata kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 11 malam tadi ketika penuntut terbabit dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Arau.

Beliau berkata Umi Kalsom yang berasal dari Mersing, Johor itu bersama tiga rakannya menunggang motosikal ke Jitra dan mangsa pulang seorang diri ke Arau.

"Rakan mangsa membuat laporan polis di balai polis Jitra mengenai kehilangan Umi Kalsom pada pukul 3 pagi setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefon," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment