17 January 2011

~Alkisah Budak Master~

Assalamualaikum..

Ni la entry pertama aku pada tahun 2011 bersamaan 1432 Hijrah. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua dan semoga tahun ini lebih bermakna buat semua. Di kala pagi hening ni walaupun tak berapa hening sebab bunyi motor sapa ntah kat bawah tu, aku sedang buat assignments sambil bermuka-buku (facebook). Paham-paham je la mana yang aku fokus lagi hehehe.

Alhamdulillah sekarang ni aku dah jadi post-graduate student. Tercapai hasrat aku nak sambung master. Ye la kalau korang ada follow entry aku yang sebelum-sebelum ni mesti korang tau alkisahnya. Memang tak tergambar la betapa SERONOKKKK dan berSYUKURRRR bila aku dah melangkah masuk UiTM ni. Macam ada satu beban masalah hilang walaupun aku tahu segala bondong-bondong assignments aku kena buat lepas ni.

Meh sini teman nak berceghita.. Masa hari pendaftaran tu aku datang dengan Kak Mira dan Kak Najmi. Kira diaorang ni wakil mak dan abah la. Diaorang la teman aku dari pagi sampai la taklimat petang tu. Terima kasih banyak-banyak kat Kak Mira ngan Kak Najmi sebab sudi menemani adikmu yang comey ini..hehe

Memang ramai insan-insan yang daftar hari tu. Aku ingat dalam 2,3 ratus je. Rupa-rupanya nak dekat 1000 lebih daftar. Pergh memang ramai queue pun panjang la. Lepas tu masa taklimat semua pelajar kena nyanyi lagu UiTM Di Hatiku. Tetiba aku jadi touching, tersentap seketika masa nyanyi lagu tu. Terasa ada air suam-suam bergenang dalam mata. Aku jadi touching sebab bersyukur dapat sambung master. Memang susah nak gambarkan apa yang aku rasa. Hanya Allah saja yang tahu.

And now, dah 2 minggu aku jadi post-graduate student. Memang terasa lain sikit. Tak macam study masa degree dulu. Kena lebih advance, kena ada pengetahuan am, kena tau perkembangan semasa, kena tau ni kena tau tu. Tapi tak apa sebab ini lah student life. Doakan aku berjaya habiskan master aku ni ye. Semoga nanti aku dapat jadi pendidik yang baik. Aminnn