14 March 2011

~Datuk Lee Chong Wei Juara All England 2011~

Yeaaayyyy...Champion! Champion! Champion!

Syukur Alhamdulillah Datuk Lee Chong Wei berjaya tewaskan Lin Dan dari China straight sets 21-17, 21-17..  Dan dengan ini saya mengumumkan Datuk Lee Chong Wei dimahkotakan sebagai

Juara All England 2011...!!!

You make us Malaysians proud on international stage. Bravo!
Malaysia Boleh ! We Love Malaysia !

Juara All England 2011 - Datuk Lee Chong Wei

10 March 2011

~Kenapa Aku Bukan Prof ?~

Assalamualaikum semua.

Pekabo? sihat? dah makan? nak salam.....hehe (ayat zida)
Petang-petang ni terasa mengantuk aih. Angin sepoi-sepoi lemah lembut.
Tadi hujan siap ada petir kebabom. Terkejut teman..
Hajat di hati nak study pasal philosophy. Al-maklum la petang-petang ni kalau bab kena baca artikel ni memang la terbaek. Mata ni macam kena gam-gam...melekat tak leh nak bukak..hehe

Hari ni tak dak ilham nak wat ayat puitis, syahdu yang menusuk jiwa..ilham nak tido je keroje ni. Kak Faz soh update pasal si dia..gulpppp sapa si dia tu? hahaha. Meh teman nak berceghite pasal kelas tadi.

Tadi kelas computer architecture and organization (CAO). Pernah tulis entry pasal course ni. Course ni agak tough and di kira core subject. Aku ni sebenarnya kira suka kelas ni. Prof sgt banyak ilmu dan selalu kasi informasi. Kadang-kadang malu der sebab apa yang prof tanya semua tak berapa tahu. Prof tanya aku sengih. Prof tanya lagi aku pun sengih lagi...hahahaha

Aduyai nak masuk kelas ni kena tahu banyak pengetahuan am. Kalau tak terasa diriku kecil seperti tikus..ummm aku takut tikus. Ok2 tukar jadi aku terasa kecil seperti tikus hamster..memang terasa rendah diri sangat-sangat dengan prof tu. Nampak macam aku tak layak je jadi student master. Tapi kata-kata prof semua betul. nak kasi motivasi sikit kat kitorang semua supaya jangan amek mudah. Student master kena advance, kena banyak pengetahuan, jangan nak tunggu lecturer suap pastu nganga jer (Prof tak cakap macam ni ye..aku je suka hati tambah perasa..hehe)..I really envy with prof. Dah la blajo kat US, pastu pengetahuan memang superb, teknikal power..memang terbaekkk la.

Jangan salah paham k. Prof tak marah kitorang pun. Prof nasihat dengan penuh berhikmah. Niat prof satu je. Nak lahirkan pelajar yang bukan belajar untuk kumpul straight A's semata-mata. Tapi pelajar yang belajar untuk hidup, belajar supaya dapat beri sumbangan kepada orang lain. Baru dapat "wisdom".

Moral of the story, please learn to have an attitude of master's student, gain much much general knowledge, don't spend my time with "lagho" things...hehehehe..
Kepada kengkawan, jangan lupa daku dalam doamu ^_^

06 March 2011

~Hari ini Hari Lahir Kamu~

Tiba-tiba........ reminder handphone berbunyi.
Saya pun terjaga.
Tengok handphone tulis "*********'s Birthday"..
6 Mac hari ini.
Saya memang ingat birthday kamu.
Tiap-tiap tahun saya ingat.
Saya wish dalam hati je.
Malu kalau kamu tahu.
Selamat Hari Lahir walau di mana kamu berada.
Semoga Allah memberkati setiap langkah dan usaha kamu menjadi khalifah Allah di alam fana ini. ^_^

05 March 2011

~Berikan Aku Masa~

Sahabat....

Aku marah tak bererti aku benci
Aku menangis tak bererti aku sedih
Aku diam seribu bahasa bermakna aku perlu menyendiri
Aku menyendiri bermakna aku ingin bersendiri

Berikan aku masa

Aku merajuk tak lama
Aku marah tiada bekas
Aku berkecil hati tiada dendam

Berikan aku masa

Masa untuk diam
Masa untuk fikir
Masa untuk renung
Masa untuk tenang
Kerna....... aku juga manusia


Melodi Hati Saya : Ilham datang masa pensyarah tengah mengajar kat depan...^_^

04 March 2011

~Pelajar UiTM Terkorban Dalam Kemalangan di Perlis~

Innalillah Wainnalillahi Rojiun

Aku pun tau berita ni dari kak mas..Tetibe Kak Mas send messages kat fb.

Kak Mas : try bukak link nie..junior kita ker?

Saya : ade ke junior kita nama umi kalsom? tp dia ckp sains komputer. jap saya cek kat senarai nama bits.

Kak Mas :  tak tahu la diploma ker degree

Saya : xdak la nama junior yg baru2 tu..tp dia dak arau

Kak Mas : 2 la...akak terkejut gak....

Aku pun tak confirm betul ke pelajar tu fakulti sama dengan aku.  Akhirnya persoalan terjawab. Iye memang betul. Miss Syaf, pensyarah kat UiTM Perlis ada mesej Nani kata ada pelajar arau meninggal sebab kemalangan. Masa malam kejadian Miss Syaf pergi buat polis report bila kawan-kawan pelajar tu jumpa Miss Syaf. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamha Umi Kalsum. Semoga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah..

Ini keratan akhbar dari Bernama :-

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Arau-Kodiang, dekat sini malam tadi.
Mayat penuntut Tahun Tiga jurusan Sains Komputer, Umi Kalsom Abdul Majid, 24, ditemui orang ramai pada pukul 7.30 pagi ini sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam (KJKA), Perlis DSP Ibrahim Idris berkata kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 11 malam tadi ketika penuntut terbabit dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Arau.

Beliau berkata Umi Kalsom yang berasal dari Mersing, Johor itu bersama tiga rakannya menunggang motosikal ke Jitra dan mangsa pulang seorang diri ke Arau.

"Rakan mangsa membuat laporan polis di balai polis Jitra mengenai kehilangan Umi Kalsom pada pukul 3 pagi setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefon," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. - Bernama

03 March 2011

~Bermelodi Tentang Cinta~

Ingin merindui tapi tak tahu pada siapa
Ingin menyintai tapi pada siapa gerangannya

Jika ku beri hati takut hati dilukai
Jika ku tabur budi takut di salah erti
Jika ku beri rasa cinta takut cinta dikhianati
Jika cinta kerana simpati takut merana diri

Jangan ragu tentang cinta kerna cinta tak dapat dipaksa
Hadirnya ia kerana takdirNya
Berilah cinta itu pada dia yang menyintaimu
Berilah rasa rindu itu pada dia yang merinduimu

Dia yang menyintai kerana Allah
Dia yang merindui kerana Allah
Dan dia yang akan membenci kerana Allah
InsyaAllah cinta itu akan bawa diri ini ke syurga


Berdoalah agar ditemukan cinta sejati

Melodi Hati Saya : aku menulis bicara dalam hati, sukar di lisankan, berbeza tafsiran