03 March 2011

~Bermelodi Tentang Cinta~

Ingin merindui tapi tak tahu pada siapa
Ingin menyintai tapi pada siapa gerangannya

Jika ku beri hati takut hati dilukai
Jika ku tabur budi takut di salah erti
Jika ku beri rasa cinta takut cinta dikhianati
Jika cinta kerana simpati takut merana diri

Jangan ragu tentang cinta kerna cinta tak dapat dipaksa
Hadirnya ia kerana takdirNya
Berilah cinta itu pada dia yang menyintaimu
Berilah rasa rindu itu pada dia yang merinduimu

Dia yang menyintai kerana Allah
Dia yang merindui kerana Allah
Dan dia yang akan membenci kerana Allah
InsyaAllah cinta itu akan bawa diri ini ke syurga


Berdoalah agar ditemukan cinta sejati

Melodi Hati Saya : aku menulis bicara dalam hati, sukar di lisankan, berbeza tafsiran

No comments:

Post a Comment