21 August 2010

Buka Puasa Dengan Air Paip :(

Syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Pencipta atas peluang yang diberi aku masih dapat bernafas masih lagi dapat menggerakkan jari-jemari aku ini untuk menaip huruf-huruf atas keyboard ni.
Syukur jugak atas kesempatan yang diberikan dapat aku merasa lagi kenikmatan bulan Ramadhan ini. Memang banyak aku kena bersyukur. Dan lupa nak bagitau yang aku dah kerja..yehuuuu

Masuk bab bulan Ramadhan ni mesti terbayang nak buka puasa dengan makanan yang lazat lagi tertarik kau memang deboom la kan.. nak makan popia basah la, ayam golek la,murtabak, kuih lapis,ayam percik, macam-macam la sampai terliur beta di sini..mak aiii hehehe

Tapi pernah x terfikir kena buka puasa dengan air paip jer. Terasa macam sadis kan. tapi itulah hakikat yang aku lalui selama aku berpuasa di negeri orang ni. Waaaaa yerla habis kerja pukul 7.Mana aku nak sempat cari makanan. Nak kejar bas lagi nak naik LRT lagi. Memg terpaksa telan air paip dulu la lepas tu baru aku cari makanan. Aku ni pon satu pegi la cari kurma.

Ada satu hari tu ada brother bawak bas ni baik hati offer kurma sebab masa tu dah azan. Baik kan..baik bukan sebab abang tu hensem ke ape tapi sebab dia prihatin. Dari pemerhatian aku kat bumi KL ni orang dia sebenarnya baik-baik belaka. Suka tolong orang especially kalu naik LRT. Kalu ada orang buta ada yang tolong pimpinkan. Kalu ada makcik-makcik ke pakcik-pakcik ke ada orang kasi tempat duduk. Memang aku respect sesangat. Yang tak berapa baik tu memang la ada tapi yang kelompok dan golongan baik hati ini wujud dengan ramainya. Saja aku buat ayat hiperbola sebab nak tunjuk memang ramai insan2 sebegitu di bumi KL ni.

Ok berbalik cerita bukak puasa dengan air paip anggap la itu dugaan. Biasa la duduk jauh dengan family susah senang kena tanggung sendiri. Kena berdikari la kan. kalu tak sampai bila nak maju. Chewah tetibe jadi semangat..hehe.

Semoga Ramadhan kali ni membawa keinsafan dan mendapat keberkatan buat diri kita. Tahan nafsu, jaga mata semoga Allah terima puasa kita..Aminnn

16 August 2010

Pencarian Seorang Penganggur

Lama aku tidak update blog ni. Mana la nak sempat kan.
Memang pencarian nak cari kerja ni bukan senang.
Tiap-tiap hari ke hulu ke hilir dok usung resume ngan segala fail sijil2.
Memang agak berbekas jugak la kesakitan akibat keberatan sijil2 itu di bahuku..Chewah ayat propaganda ntah pahape.

Kalau la nak tau sebab berat sangat fail sijil aku tu jeng jeng jeng (kasi suspen..hehe) sebabnya segala sijil dari kurun ke-19 sampai sekarang aku letak sumer. Dari tadika smpi dah nak jadi mak orang (bila aku nak kawen ni? *tetibe*) segala sijil yang aku penah dapat aku letak.
Sijil silat, drawing ang coloring competition, sajak, syair, peraduan kuntum, plkn, sijil matrikulasi, degree sumer la..tu dia aih banyak kan.
Sebabnya aku nak jugak interviewer tu tau aku ni rajin masuk pertandingan dari kecik smpi skrg.. muahhahaha.

Cuma dah beso ni je aku macam malas sikit nak masuk apa2. Aku sekarang cuma fikir nak dapat pointer with flying colors(masa study dulu la) n dapat capai target aku. dan sebagai seorang penganggur ni aku memang fikir nak cari duit je.
Yer la sapa nak tolong bayo kereta aku tu, segala bil handphone, broadband, duit makan, macam2 la..

Baru tau aku betapa sengsaranya abah nak cari duit. Nak isi perut isteri dan anak2.nak beli tu nak beli ni.hmmm aku paham sekarang (tetibe jadi mood aku seorang anak yang terharu). Aku doa sangat semoga pencarian aku ni akan berakhir. Sekurang-kurangnya nanti aku tak jadi beban kat family masa aku nak masuk sambung blajo nanti. Nak sambung blajo ni pon nak guna banyak duit. Takpe lain kali aku cerita pasal aku nak smbg master aku ni.

Last words from me “Let Us Always remember Allah for the wonder of his creation”. Love you all..

Oh My Baby !!!

Salam satu Malaysia..hehe

Aku dapat baby!!! Ulang sekali lagi Aku dapat baby !!!
sekali lagi..ok dah2 cukup muahahaha

Syukur sangat ke hadrat Allah kerana beri aku rezeki lebih.
Alhamdulillah dah lama aku tunggu baby aku ni keluar.
Last2 dah jadi kenyataan.
Oppps tapi jangan salah faham ok..
I’m still single and I’m not married yet.
Kalau nak tau my baby tu nama dia myvi binti perodua..hehe
suka-suki je aku jadikan myvi ni baby girl.
Lamanye aku tunggu myvi ni nak kuar macam2 halangan tau aku redah.

Ok lets I tell u one by one. Cerita dia bermula begini, aku dah nak tempah baby ni dari bulan 1 lagi.
lepas tu pulak kebetulan la perodua ni nak keluarkan si ALZA tu jadi sibuk la nak proses ALZA dulu. Kira dalam 2,3 bulan gak tunggu. Disebabkan family aku terdesak nak pakai kete jadi abah guna nama aku beli kembara secondhand. Tup2 2,3 minggu lepas tu, orang perodua called kata myvi dah kuar. Mak ai gelabah gak la aku masa tu.
Tapi tersangat la hampa sebab orang bank called kata gaji aku tak lepas nak amek myvi tu sebabnya aku dah ada komitmen kat kembara. Sedih tu jangan nak cakap la. Takkan la aku nak tolak kembara tu balik sebab abah nak guna pergi kerja.

Aku pun macam buntu campur sedih campur terkilan campr macam2 la. Masa tu gaji aku x sampai rm2000. Sebab tu la susah nak lepas ambil dua kereta. Then, my kak yong jadi my heroin, kak yong cakap kawan dia kat branch perodua yang lain boleh tolong. Jadi, aku pon kena tunggu la my new application.

Nak dijadikan cerita aku ni pergi gatai berhenti keje atas sebab2 tertentu yang aku rasa tak yah la aku detailkan. Jadi masa myvi yang baru nak kuar, encik yang uruskan tu detect la aku dah berhenti kerja. Nasib baik la dia ni baik hati, dia pon tolong aku settle sumer dan akhirnya aku Berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak bank untuk dapatkan my baby tu.

Nampak macam susahkan nak dapat kereta? Tapi tak apa la janji sekarang sumer dah settle. Yang penting kena cari duit nak bayar kete. Aku pon sebenarnya nak beli kete baru sebab nak kasi parents senang sikit. Dapat merasa kereta baru, parents pon boleh drive. Ada la hikmah atas semuanya. Apepon family gumbira kita pun gumbira. Jumpa lagi .. Assalamualaikum