30 April 2011

~PERADUAN "GIVE AWAY" DARI SWEETm@niscr@fts~

Assalamulaikum..pekabo? waduh2 dah lama x update blog. Bukak je blog ada Cik Mar tag untuk join satu contest. So, dengan gumbiranya aku pon pegi la ke blog SWEETm@niscr@ft.. Wah aku suka suka suka !!!. Comeynye hasil craft yang sis ni buat.  Saya kasi gred A untuk keKREATIFfan anda...^_^

Disamping nak menang give away (Harap2 menang la..hehe), saya nak promote kepada sape2 yang berminat nak tempah handmade punya gift. Boleh la klik link kat blog ni ye.  



Nak Satu...!!!! hehehe
Kepada kawan2 ku yang lain meh la jenguk2 blog ni. Mana tau ade yang berminat. Boleh beli kat saya satu..^_^..

-----> Kak Mira
-----> Kak Faz
-----> Kak Iza


18 April 2011

~Ya Allah, please ease my way~

Ya Allah, please give me and my friends strength to get through this hard semester..

16 April 2011

~Speechless...Kamu Buat Saya Terharu~

oooo yeahhh dah bertambah umur setahun. Tetibe rasa dah tua. Terima kasih kepada semua yang wish. Tak sempat nak update panjang2 ni sebab esok ada Test Automata. Yang paling terharu, my best friend forever datang dan buat surprise kasi cupcakes yang super duper cute miut ni. Thanks my wonderful friend, you make my day. Terharu sangat...T_T

Comeykan cupcakes ni.. ^_^

Cantikkan? Rasa sayang lak nak makan..nak simpan je..haha. Thanks babe. Sayanggggg kamu.

13 April 2011

~Yuyu Zulaikha - Ferrero Random GiveAway~

Salam Satu Malaysia !!!

Pekabo? Sihat? Petang-petang ni kalau bersenam ke poco-poco pun best gak kan. Hilang sikit kolestrol yang bertimbun2 dalam badan ni ha...hehe. 

Di kala petang yang hening ini, tetibe aku rasa macam rajin nak join contest Yuyu Zulaikha. Dah ikot cik gorgeous kita la si Mardydy tu. Rajin bebeno dia join contest...ehehe. Dapat adiah sila kongsi ye.


Klik kat sini 


Comey la aku tengok Yuyu ni. Kecik molek je. Comey macam Mar (Pujian bernada ikhlas..hehehehe). Aku suka gak belek2 blog dia. Sweet habis lukisan dia. Orangnye kreatif ada bakat. Akak cadangkan Yuyu bila-bila ada masa, tulis la novel ke cerita pendek ke cerpen ke. Boleh letak lukisan2 Yuyu dalam tu. Akak tengok student suka baca buku2 macam ni. Setakat in, kuota penghasilan buku2 penulisan bahasa Melayu tak sebanyak buku2 dalam bahasa lain. Mungkin nanti boleh tarik minat orang membaca kan. Ok gak idea ni kan? 

InsyaAllah aku pun nak hasilkan buku aku sendiri. Genre apa lagi aku tak tau lagi. Kita tunggu dan lihat.. ^_^

Jom kita cuba2 masuk contest ni : Kak Faz and Kak Mira 

11 April 2011

~Al-Fatihah buat Arwah Opah ~

Opah..

Hari ni genap enam tahun Opah pergi menghadap Ilahi
Akak rindu Opah
Rindu yang teramat sangat
Dah lama akak tak dengar Opah mengaji
Dah lama akak tak dengar cerita2 Opah

Akak rindu bau Opah
Akak nak peluk Opah
Akak nak cium Opah
Akak nak salam Opah
Akak rindu segala-galanya tentang Opah

Tapi akak tahu Allah lebih sayangkan Opah
Semoga Opah tenang bersemadi di sana
Semoga Opah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Amin

~Al-FATIHAH~

" From Allah we came and to Him we shall return...."

10 April 2011

~Filem Cun Memang Confirm Cun~



Aku baru je habis tengok filem Cun. Mula-mula aku ni macam ada ragu dan sangsi la dengan filem ni. Best ke ? Kalau tak best alahai terbang la RM 14 aku. Boleh beli snack plate dah. hehe. 

Ok 10 minit pertama je aku rasa dah lain macam dah. Rasa gelisah dah. Hormon gelak aku dah datang. Best SANGATTTTT !!!! nak habaq mai. Serius weh best. Aku memang nak habaq kat hangpa semua mai la tengok cite ni. Filem ni ada perasa yang boleh buat kita sengih sorang2, tiba2 nak gelak sampai pecah panggung pastu buat kita menangis berjurai ayaq mata.

Memang aku gelak sampai berair air mata. Cun habis. Kelakar dia memang natural. Dengan suasana kampung sawah bendang rasa macam nak balik kampung la ni jugak. Pengarah Osman Ali berjaya membuatkan hati ku ini melonjak2 nak balik kampung. Siap depa cakap loghat utara tu. Memang kena la dengan aku. hehe.. Aku tabik spring la kat Remy Ishak, Maya Karin, Faezah Elai, Kartina Aziz, Nadia Nish, adik Erzan, Jehan Miskin dan ramai lagi la. Memang sempoi hangpa berlakon. 


Pelakon utama Remy Ishak (Atan) dan Maya Karin (Luna) - pic kredit to Ohbulan

Tapi yang jadi favorite aku tak lain tak bukan Faezah Elai. Watak dia dalam filem ni sebagai Tom merangkap PA kepada Luna ganas sikit ala2 tomboi. Kira jadi penyeri dalam cite ni. Memang gamat panggung tadi dek aksi kelakar Tom. Tengok Tom gelak pun dah kelakar. Bila dia cakap lagi la kelakar. CUNNN habis. To Faezah Elai....I Love You Very Very Much la. 

Bab scene gelak ketawa memang superb. Bila mai bab sedih pun superb babe. Untuk pengetahuan semua, air mata aku ni dah berjurai2 macam air terjun. Menyentuh perasaan betul masa scene Manis lakonan Nadia Nish lari sebab merajuk dengan abang dia. Scene Tok Chah (Kartina Aziz) ngan Tom tu pun sedih. Kalau nak tau scene mana, sila ke panggung yang berdekatan ye. Hehe...

Watak-watak tambahan  macam Bedah Tonggek dan Eton Gebu pun di kira beri impak cun kepada filem ni. Memang Lawak. Tambah2 part diaorg merempit ngan skuter. Aduyai lawok lawok lawok....


Bedah Tonggek dan Eton Gebu yang busybody - pic kredit to Ohbulan

Kepada Osman Ali, tahniah sebab buat filem yang super duper best macam ni. Aku suka filem ini bukan lebih pasal cinta tapi suka tema kasih sayang yang ditonjolkan. Sampai aku fikir "bestnye kalu aku join family diaorang"..hehhehe. Apa pun semua perasa ada. Rasa tak rugi melabur beli tiket wayang tadi. Kepada yang belum tengok tu, jom pakat ramai2 layan filem Cun ni. Terbaik dari ladang !!!!


Gandingan mantap yang terbaik dari ladang - pic kredit to Ohbulan

Melodi Hati Saya : Suka sangat filem ni....waaaa nak balik kampung !!!

07 April 2011

~Satu pagi bersama McD~

Assalamualaikum.....!!!!!!!! 

Tak jawab berdosa tau kalau jawab tu maknanya kamu sayang saya sebab sudi datang jenguk2 blog saya..hehe

Ok dah lama nak cite pasal benda alah ni tapi kekangan masa babe..bzzzz la sangat hehe. Pada suatu pagi yang hening kitorang satu umah plan nak g makan breakfast McD kat seksyen yang berdekatan tu. Plan baik punya kata nak pegi sebelum subuh la lepas subuh la. Last2 pegi pukul 7 pagi. 

Sampai je di McD house tu, maka kitorg pun cari la parking. Ntah macammana aku pun decide la nak park betul2 sebelah tempat orang buang sampah. Dah yang tu je kosong. Ramai kut datang breakfast. Yer la offer punya pasal. Tapi tempat buang sampah tu di kira proper. Ada bangsal semua. Tak jadi masalah nak parking sebelah.

Dengan muka ceria, gembira, mata sembam tak cukup tidur, lapooo menujulah kami semua ke kaunter. Aku share dengan cda beli hotcakes dan dapat free two big breakfast ye. Jimat betui. Memang pandai la McD ni buat strategi. 

Ni la Hotcakes yang kitorang pesan 

Beli apa-apa dengan harga RM 5 ke atas contohnya macam hotcakes ni pastu dapat FREE ye two big breakfast macam kat bawah ni.

Big breakfast

Nyum nyum.. kenyang tau. Tapi promosi ni dah habis hujung bulan 3. Sekarang ada promosi baru sampai 13 April ni. Kira jimat la jugak. Lepas bergambar semua pegi la ke kete.

Nak dijadikan cerita. Ce cite ce cite.. Ada la datang pulak lori sampah datang amek sampah pagi tu. Haish masa ni la pulak dia datang nak amek. Lori tu parking baekkk punya betul2 belakang kete. Memang tak dapat nak keluar la. Dah la ada kelas pukul 8.30. Diaorang yang lain tak dak kelas pagi tu.

Yang buat aku terharunya part ni, Cik Mar kita dengan Arfa pegi la dekat uncle tu. Cik Mar dengan selambanye masuk kawasan sampah tu dan aku tak tau la dia cakap apa ngan uncle tu. Dialog dia lebih kurang macam ni la rasanya.

Mar : Uncle, lambat lagi ka mau siap?
Uncle : Lambat lagi la adek manissss. <---ni aku tambah..hehe
Mar : Aiyoo uncle.. kami urgent ni nak cepat. Ada kelas
Uncle : Tak boleh la adek manis. Kalu saya sudah angkat pagi ni, saya kena kasi angkat semua sampah. 
Mar : Tak pa la uncle. Tima kaseh eh..

Baik kan dia ??? kan kan kan.. Sanggup Cik Mar kita pegi tempat sampah tu siap tanya lagi uncle. Siap cakap urgent lagi sebab aku ada kelas. Wah so sweet la you Mar..hehe. ^_^. Arfa pocet pun sweet jugak. Tak kisah la pakai wangi2 dengan gaya mengancam pegi tempat uncle tu..hehehe

Lama juga la kitorang menonton persembahan uncle tu angkat sampah. Part yang tak bestnye, memang habis la kete aku ada kesan sampah, berair2 telur melekat kat dinding kete..yuckssss. Memang mengancam habis bau dia. Habis je kelas aku terus g basuh kete..huhu. 

Melodi Hati Saya : hahaha. Macam2 hal. Ni semua penangan nak breakfast kat McD.. ^_^

05 April 2011

~Lawak Teka-Teki Part 1~

Dok aku godek2 lappy aku yang banyak berjasa ni, tetiba aku jumpa koleksi teka-teki yang aku saja-saja simpan. Siapa yang ngantuk tu elok sangat la baca. Rasanya mesti ada yang pernah tau teka-teka ni.  Kita layannnnnnnn jer...hehe

Teka-Teki 1 :
Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani ??? hahaha...jawab jawab

Teka-Teki 2 :
Apakah benda yang kita potong tetap akan panjang ???
Sila pikiaq kawan-kawanku yang bijaksana..dapat?

Teka-Teki 3 :
Andai kata anda terjumpa mayat manusia dan bangkai haiwan, yang mana satu anda perlu tutup dahulu ???

Teka-Teki 4 :
Hidupan apa di dalam laut yang paling tua ???
Ha...jawab jangan tak jawab.

Teka-Teki 5 :
Kepada student FSKM sila jawab soalan ini.
Mouse komputer yang selalu kita guna jantan ke betina ??? hehehe

Teka-Teki 6 :
Cuba teka kasut apa yang paling keras ???
OK cuba jawab ye..pikiaq pikiaq

Teka-Teka 7 :
Ok ni teka-teki last untuk entri kali ni..
Cuba teka dalam banyak-banyak sungai, 
sungai apa yang paling berat ???
Sila teka..Kalau salah cuba lagi..haha



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Jawapan:-

1. Jawapannya ialah air kopi.. Salah? hehe..Jawapannya adalah Air Terjun. Sebab dia berani terjun !!!!

2. Kacang panjang..cuba fikir sebab apa. Sebabnya kalau kita potong kacang panjang tu jadi pendek-pendek,kita still panggil kacang panjang kan. Kalau kacang pendek tak sesuaiiiiii...haha

3. Tutup dua-dua...no no no. Jawapannya tutup hidung la..hehe

4. Jawapannya adalah udang..Sebab dia dah berjanggut ngan bongkok..hahahaha

5. Mouse adalah betina yer sebab dia pakai "pad"..hehehehhehe

6. Jawapan untuk kasut yang paling keras adalah kasut BATA...muahahhahaha

7. Sungai Besi..haha lawak tak? lawak la lawak laaaaa...haha

04 April 2011

~Aku Adalah Aku~

Sahabat,
Aku tahu aku tidak sempurna,
Aku bukan yang terbaik,
Andai aku sering mengundang rasa gundah... Maafkanlah aku
Andai aku selalu buatmu kecewa... Maafkanlah aku
Aku tidak mampu jadi kamu,
Aku tidak sama seperti dia,
Aku tidak akan jadi mereka
Terimalah diriku seadanya sahabat
Kerna aku adalah aku

Melodi Hati Saya : Kamu sahabat aku tawa dan duka.. Tapi siapa aku di hati kamu ???