22 December 2011

~Jom Berjalan 10000 Langkah, Boleh Kurus oooo~

Sob sob sob T_T.. berat badan aku dah berlebihan ok. Malam semalam baru je bedal sepinggan nasi kandaq. Tiap-tiap malam makan je. Kalau tak maggi, mesti goreng nugget la macam-macam. Sekarang dah nampak dah kesan tak baik kat diri aku. Korang tengok la BMI aku ni ->

Waaaaa aku GEMOKKKKK T_T

Jadi, dengan ini, mulai hari ini, di saat ini, di kala ini, di waktu ini aku kena bersenam balik. Tak nak jadi GEMOOOOKKK! Kalau nak pergi berenang ke pegi gym ke macam leceh kan <--- (alasan orang malas bersenam). Tapi tak apa, ada senaman yang paling MUDAH dan SENANG di muka bumi ini supaya anda mendapat berat badan IDEAL iaitu BERJALAN 10 000 LANGKAH SEHARI. Diulangi SEHARI ye. Bukan berjalan 10 000 langkah untuk sebulan ye..hahahaha. Kalau nak tahu lebih banyak info klik kat link ni --> Website Kementerian Kesihatan Malaysia

Nak tahu jugak BMI orang lain macammana ye. BMI Kak Faz normal (wah jeles ni). Ni ada calculator BMI ---> Calculator for BMI. Jangan malu-malu nak kira. Aku tak nampak pun hehehe.


"10,000 steps to a healthier you!"


20 December 2011

~603-27818181 who's this ???~

Tadi dapat missed call drpd no ni +60327818181
Googled around n found one forum saying it's AIA's people trying to promote their insurance 
~ its lucky i didnt pick up ! \(^_^)/

Terdetik hati nak google sbb nak check kot2 ni no dari biasiswa department. Hati-hati ye sebab this people dah banyak menyusahkan orang.Diaorang akan call banyak kali and it is very annoying. Diaorang akan mintak nama penuh, nama mak, IC dan segala bagai. 

Jalan terbaik ABAIKAN sahaja. JANGAN berikan apa-apa maklumat kepada nombor yang TIDAK DIKENALI. Ada-ada banyak lagi nombor-nombor yang termasuk dalam list scam ni. Dapat je nombor pelik-pelik terus je google.




Ni ada satu website yang kita boleh tanya nombor yang kita nak tau --> http://whocallsme.com/

10 December 2011

~Sebagai Renungan~

" Nak genggam ijazah tu tak confirm dapat. Tapi nak jadi jenazah tu memang confirm "


Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan. Jangan ingat kita ni student, dok rasa muda je. Enjoy tu biar berpada, akhirat jangan lupa ...


Pic kredit to budakbuas.blogspot.com

06 December 2011

~New Look of You Tube !!!~

Sedang diri ini menelaah untuk test Jumaat ni, tiba-tiba terasa nak tengok OST Ombak Rindu. Nak ambil feeling-feeling sedih sebelum nak pergi tengok esok..hehehe. 

Dan entah bila You Tube ni dah berwajah baru !!! Gorgeous babe. Ke aku sorang-sorang je terlambat update (malu semalu malunya T_T)

New layout of You Tube

Tanpa sedar You Tube ni dah dalam bookmark list..hehe. Macam-macam ada. Nak tahu lilit-lilit shawl ada dalam You Tube. Nak tahu pasal masak-memasak pun ada dalam ni. Nak dengar ceramah agama pun ada. Mungkin satu hari nanti kita boleh design satu macam ni. Mana tahu kan? 

02 December 2011

~[MTV ]Pendam by Shahir~

Kepada sesiapa yang merindui Cik Amat Hoi Hoi Hoi boleh la dengar buah tangan terbaru ni. Lirik lagu best dan susunan lagu yang menyayat hati. Lirik pun macam ada kena-mengena ngan diri ini je..chewah jiwang ye tetibe. Jom sama-sama layan lagu baru Shahir yang super best ni ^_^