27 August 2011

~Ambil Darah di Bulan Ramadhan : Batal ke Puasa Kita?~

Banyak persoalan yang timbul berkenaan pengambilan darah untuk cek darah di bulan Ramadhan adakah ia batal atau tidak. Di sini ada penjelasan daripada ulam terbilang ketika ini iaitu Dr Yusof Al-Qaradhawi.


1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

Sumber di petik daripada zaharuddin.net

~Diari Ramadhan Muka Surat 6~

OH NO !!!! i'm WEIGHT GAIN !!!!!

Waduh-waduh kus semangat aku. Bulan Ramadhan ni berat aku naik 2 Kg...TIDAKKKK!!!! Waaa sadisnya. Tadi aku buat medical check up. Timbang berat, ukur ketinggian aku yang rendah ni, cek mata (aku perasan yang ada masalah bila tengok huruf kecik-kecik pada papan huruf kat klinik tu), ambil darah, buat pregnancy test, hepatitis B. 

Bila masa timbang berat aku melihat dengan jelas bahawa penimbang itu seperti memerli aku.."KAMU DAH GEMOKKK"..waaaaaaaa Ingat raya tahun ini boleh la kurus. Tak kesampaian la nampaknya. Mana taknya masa berbuka dua pinggan. Masa sahur pun dua pinggan. Berselera sungguh..hehe

Sempat la aku menyumbang air kecilku kepada doktor tu nak check apa yang patut. Aku suka doktor ni bukan apa sebab doktor ni pandai sangat ambil darah. Tak rasa sakit langsung. Dapat urat senang je. Bila habis je buat medical check up mak tanya "Bulan puasa ni boleh ke ambil darah?" Gulppp aku terdiam terkesima. Batal ke tak ni?

24 August 2011

~Diari Ramadhan Muka Surat 5~

Dah nak berlalu Ramadhan. insyaAllah kita sama2 cuba tingkatkan Ibadah malam2 terakhir ni. Aku tetibe rasa nak kasi kad raya kat kawan2. Baru rasa sentimental value sikit..hehe. Tapi aku tak pos lagi. Maybe esok baru nak pos..huhu. Alamatnya sampai Lepas raya la jawabnya.sabo yer kawan2 menanti kedatangan kad raya ku itu.

Malam ni aku balik kampung. Tak sabo ni. Cuma yang tak best orang yang aku tak suka Ada kat umah. Siapakah dia? Biarlah rahsia...

OK..nak berbuka puasa dah. Selamat Berbuka ^_^

14 August 2011

~Diari Ramadhan Muka Surat 4~

Assalamualaikum !!!

Syukur dah 15 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni. Ramadhan kali ni aku tak berapa sihat sangat. Mungkin cuaca panas sekarang. Bila dah lepas tengahari tu aku mula rasa-rasa pening. Tapi kena kuatkan semangat jugak. 

Semalam atau kelmarin (orang Penang cakap semalam tu kelmarin) aku ngan Wani pegi window shopping kat Masjid India. Mak ai punya la ramai orang, Macam semut ooo. Nak jalan pun susah. Bersesak-sesak berhimpit-himpit. Fuhhh macam nak pengsan oo..Diri sendiri yang cari penyakit. Sapa suruh nak pergi sana kononnya nak window shopping..hehe

Habis je jalan-jalan kitorang pergi berbuka dekat Subang rumah kakak angkat si Wani ni. Sedap Kak Mas masak.Yang bestnya si Wani ni buat spicy watermelon juice..hahaha.Mana tak spicynye, Kak Mas baru lepas blend cili pastu Wani ni blend tembikai. Rasa manis-manis pedas gituuu..hahaha. Lepas ni boleh jemput lagi ye Kak Mas. Balik je rumah aku terus pengsan a.k.a tidoq sampai sahur. Penat teramat la katakan. Ok la. Kalau rajin nak update Diari Ramadhan muka surat seterusnya. Ok daaa...

13 August 2011

~Diari Ramadhan Muka Surat 3~

Selamat Subuh semua !!!

Alhamdulillah dapat gak aku sahur walaupun dengan kurma dan air je. Ni semua ekoran kejadian semalam ye. Mana yang tak tahu apa terjadi semalam rajin-rajin la pegi baca dekat post "Diari Ramadhan Muka Surat 2 ye". Azan Subuh baru je masuk ni. Mendayu-dayu suara muazzin tu. Sejuk hati mendengar.

Dok belek-belek facebook ni aku ada terbaca status dari sorang kawan aku ni. Kelakar la pulak aku baca. Jom kita layan sama-sama.   

Taken from Sitie Zue :

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

hahahahaha...kuih bajet cute pon ada..
Ok la Subuh pun dah masuk. Yok Solat !!!

12 August 2011

~Diari Ramadhan Muka Surat 2~

Alhamdulillah syukur pada Allah dapat berpuasa lagi hari ni. Ni nak mai cerita kat hangpa semua. Macam biasa la kitorang start masak pukul 5 mcm tu. Kak Zu la yang masak, aku tolong mana-mana yang patut..Kak Zu plan nak masak nasi ayam. Bila abang balik keje terus Kak Zu ngan abang pegi kedai beli barang2. Balik je dari kedai hujan mak ai turun selebat-lebatnya..Siap ada petir kilat semua.

Bertambah sadisnya bila nak masak je gas habis la pulak. Pastu Kak Zu try la nak masak ayam guna oven. Sekalik terus black out satu umah. Haiyaaa hujan lebat + gas habis + black out di kala-kala genting nak bukak posa memannggg tragis..huhu

Ntah datang dari mana idea aku pun suggest la abang ngan Kak Zu order je Pizza.. Senang cerita..haha. Kira hari ni kitorang berbuka posa ala-ala western gitu. Pizza berair minumkan Ribena..hehehehe. Sahur ni tak tahu la nak makan apa lagi. Gas esok baru sampai. Telan dua tiga kurma pun ok la kan..hehe