13 February 2012

~Tahniah Skuad Malaysia !!!~

Alhamdulillah skuad Malaysia berjaya tambah pingat !!! YEHUUUU!!!

Dengan semangat kesukanan aku dan adik aku dah melangut depan astro Arena nak tengok Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur. Confirm nak tengok Azizulhasni Awang..hehe. Orangnye kecik aje tapi semangat juang dia tinggi. 

Mungkin disebabkan kecedaraan dan belum pulih sepenuhnya, Azizul dapat tempat kedua saja manakala Josiah Ng dapat pingat emas dalam kategori sama iaitu kategori Keirin Elit Lelaki. Memang mencabar. Rugi siapa yang tak tengok...^_^

Untuk acara Keirin Elit Wanita pun menarik. Atlet wanita kebangsaan, Fatehah Mustapa dapat pingat emas jugak. Smart habis masa Fatehah pecut nak sampai garisan penamat. Bagi kategori Keirin Remaja Wanita, Ummi Habibah sumbang pingat perak buat Malaysia. Nasib tak menyebelahi untuk kategori Keirin Remaja Lelaki. Pelumba negara hanya dapat tempat ke-5 dan ke-6 je.

Apapun congrate pelumba-pelumba kita! Caya la!

Empat pelumba negara (dari kiri), Umi Hamimah Mohamad, Josiah Ng, Fatehah Mustapa dan Mohd Azizulhasni Awang bersama pingat yang dimenangi pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Ahad. - fotoBERNAMA

 p/s : Nak tengok laporan penuh boleh klik di sini --->mStar Online

No comments:

Post a Comment