12 December 2010

Pijak Leher Budak Untuk Sembuhkan Selesema !

Astaghfirullah..terkejut terkesima aku baca suratkhabar kosmo hari ni. Ada ke patut nak hilangkan penyakit selesema je, budak yang yang terkena penyakit tu kena pijak dekat leher dan juga anak tekak..ya Allah cuba bayangkan budak kecik yang badan lembik lagi kena pijak dengan orang dewasa yang ntah berpuluh-puluh kilo lagi berat dari budak itu..Ngeri bila dok bayang..aduyai awat la jadi lagu tu..

Bawak bertenang jangan sesak nafas ye. Perkara ni bukan dekat Malaysia tapi terjadi dekat India ye. Dekat sana memang banyak lagi ritual penyembuhan yang pelik-pelik masih diamalkan contoh tanam budak cacat dalam tanah la, lempar bayi dari menara la.

Alkisahnya, konon la ada seorang lelaki dari wilayah Timur India mendakwa yang dia mampu salur tenaga suci melalui tapak kaki dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Lelaki yang nama Yadav tu dia akan baringkan budak atas tanah, selepas itu dia akan laung perkataan "Jai Ho" dan memijak paha budak tu dengan sebelah kaki dan sebelah kaki lagi menekan leher.. eeeeeeuuuuwwwww sakit tuuuuuuu.

Yang peliknya ritual ntah pahape ni dah diamalkan sejak 500 tahun lalu dan juga tiada kematian direkodkan. Tapi ramai yang tidak puas hati dengan tradisi tu semua sebab faktor keselamatan. Yang musykilnya, tersampai la hati nak pijak budak kecik. Alahai macam-macam.

No comments:

Post a Comment