" Nak genggam ijazah tu tak confirm dapat. Tapi nak jadi jenazah tu memang confirm "
10 December 2011
06 December 2011
~New Look of You Tube !!!~
Sedang diri ini menelaah untuk test Jumaat ni, tiba-tiba terasa nak tengok OST Ombak Rindu. Nak ambil feeling-feeling sedih sebelum nak pergi tengok esok..hehehe.
Dan entah bila You Tube ni dah berwajah baru !!! Gorgeous babe. Ke aku sorang-sorang je terlambat update (malu semalu malunya T_T)
![]() |
| New layout of You Tube |
Tanpa sedar You Tube ni dah dalam bookmark list..hehe. Macam-macam ada. Nak tahu lilit-lilit shawl ada dalam You Tube. Nak tahu pasal masak-memasak pun ada dalam ni. Nak dengar ceramah agama pun ada. Mungkin satu hari nanti kita boleh design satu macam ni. Mana tahu kan?
02 December 2011
~[MTV ]Pendam by Shahir~
Kepada sesiapa yang merindui Cik Amat Hoi Hoi Hoi boleh la dengar buah tangan terbaru ni. Lirik lagu best dan susunan lagu yang menyayat hati. Lirik pun macam ada kena-mengena ngan diri ini je..chewah jiwang ye tetibe. Jom sama-sama layan lagu baru Shahir yang super best ni ^_^
30 November 2011
~Wet World Shah Alam Weeeeeee~
Assalamualaikum...Ni datang nak sapu-sapu sawang kat blog ni. Dah bersepah berhabuk bersawang berserabut dan segala 'ber' la yang ada..hehe. Sebenarnya tak ada masa nak update <---- alasan orang pemalas nak update :P
Dalam ke'busy'an yang ada sempat lagi kitorang plan macam-macam. Wet World, Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam dan Port Dickson antara yang termasuk dalam list cuti-cuti sendiri..hehe. Kitorang dah plan seminggu nak mai Wet World Shah Alam ni. Siap berblogging bagai cari info. Berapa hinggit, kena pakai apa, boleh bawak makanan ke tak. Sangat berusaha sebab berkobar-kobar nak mandi kat sini.
Maka pada hari ini, pukul 9.oo pagi lebih kurang terlebih macam tu kitorang pun bersiap-siap. Sempat breakfast roti yang Zida tolong sapukan marjerin+gula. Sampai-sampai je kat sana, memang ramai dah menunggu nak masuk Wet World walaupun tak bukak lagi. Termasuk la kitorang yang semangat nak mandi..^_^
![]() |
| Mula-mula sampai wajib bergambo dulu |
Kitorang memang budget tiket masuk dalam RM 10.00 ke atas. Memang betul tekaan ahlil nujum tak bertauliah. Cuti sekolah ni harga tiket naik sedikit. Pandai bebeno bisnes deme ni..huhu. Makanan dari luar tak boleh bawak masuk. Dari segi pakaian pulak, yang penting jangan pakai jeans. Sangat la tidak sesuai ye. Pakai tracksuit+T-shirt pun dah ok.
![]() |
| Harga tiket ikut ketinggian ye.. |
![]() |
| Bawak Irfan mesti free ni |
![]() |
| Opening Hours |
![]() |
| Wristband macam ni boleh jumpa kat Wet World je ok ! |
Layan jer la ye gambo-gambo kitorang kat bawah ni. Nak buat pengakuan kat sini. Kitorang memang menunjukkan keterujaan yang teramat mengalahkan budak-budak yang datang kat sini..T_T
![]() |
| Teruja !!! Gumbira !!! |
![]() |
| Seronok !!! |
![]() |
| Nak balik dah |
Seronokkkkkkk sangattttt-sangatttt hari ni. Semua games kitorang cuba. Lupa sekejap quiz, test, assignment segala. Terima kasih kengkawan.
Mission accomplished !!! weeeeeee
Mission accomplished !!! weeeeeee
08 October 2011
~Lagu Tema BoboiBoy dan Lirik~
Assalamualaikum..!!!!
Waduh dah lama kok guer tak update Melodi Hati Saya ni. Terlalu bussios bangat. Untuk tidak menampakkan kusam di blog yang dah lama kena tinggal ni jom kita pekena satu lagu yang menjadi kegilaan semua (Sebenarnya kegilaan Irfan dengan MakYang dia jer..hehehe). Inilah dia BoboboBoy <--- bak kata Irfan ^_^
Lirik Lagu BoboiBoy - Dinyanyikan oleh Burn
Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Jadi kita perlukan peneyelamat bumi
BoboiBoy! BoboiBoy! BoboiBoy!
Ying!
Yaya!
Gopal!
Dan super hero kita
BoboiBoy! BoboiBoy! Boboiboy!
Siap lirik sekali yer. Kalau nak karaoke sekali pon boleh...hehe
27 August 2011
~Ambil Darah di Bulan Ramadhan : Batal ke Puasa Kita?~
Banyak persoalan yang timbul berkenaan pengambilan darah untuk cek darah di bulan Ramadhan adakah ia batal atau tidak. Di sini ada penjelasan daripada ulam terbilang ketika ini iaitu Dr Yusof Al-Qaradhawi.
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
Sumber di petik daripada zaharuddin.net
~Diari Ramadhan Muka Surat 6~
OH NO !!!! i'm WEIGHT GAIN !!!!!
Waduh-waduh kus semangat aku. Bulan Ramadhan ni berat aku naik 2 Kg...TIDAKKKK!!!! Waaa sadisnya. Tadi aku buat medical check up. Timbang berat, ukur ketinggian aku yang rendah ni, cek mata (aku perasan yang ada masalah bila tengok huruf kecik-kecik pada papan huruf kat klinik tu), ambil darah, buat pregnancy test, hepatitis B.
Bila masa timbang berat aku melihat dengan jelas bahawa penimbang itu seperti memerli aku.."KAMU DAH GEMOKKK"..waaaaaaaa Ingat raya tahun ini boleh la kurus. Tak kesampaian la nampaknya. Mana taknya masa berbuka dua pinggan. Masa sahur pun dua pinggan. Berselera sungguh..hehe
Sempat la aku menyumbang air kecilku kepada doktor tu nak check apa yang patut. Aku suka doktor ni bukan apa sebab doktor ni pandai sangat ambil darah. Tak rasa sakit langsung. Dapat urat senang je. Bila habis je buat medical check up mak tanya "Bulan puasa ni boleh ke ambil darah?" Gulppp aku terdiam terkesima. Batal ke tak ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)










