OH NO !!!! i'm WEIGHT GAIN !!!!!
Waduh-waduh kus semangat aku. Bulan Ramadhan ni berat aku naik 2 Kg...TIDAKKKK!!!! Waaa sadisnya. Tadi aku buat medical check up. Timbang berat, ukur ketinggian aku yang rendah ni, cek mata (aku perasan yang ada masalah bila tengok huruf kecik-kecik pada papan huruf kat klinik tu), ambil darah, buat pregnancy test, hepatitis B.
Bila masa timbang berat aku melihat dengan jelas bahawa penimbang itu seperti memerli aku.."KAMU DAH GEMOKKK"..waaaaaaaa Ingat raya tahun ini boleh la kurus. Tak kesampaian la nampaknya. Mana taknya masa berbuka dua pinggan. Masa sahur pun dua pinggan. Berselera sungguh..hehe
Sempat la aku menyumbang air kecilku kepada doktor tu nak check apa yang patut. Aku suka doktor ni bukan apa sebab doktor ni pandai sangat ambil darah. Tak rasa sakit langsung. Dapat urat senang je. Bila habis je buat medical check up mak tanya "Bulan puasa ni boleh ke ambil darah?" Gulppp aku terdiam terkesima. Batal ke tak ni?
No comments:
Post a Comment