27 August 2011

~Ambil Darah di Bulan Ramadhan : Batal ke Puasa Kita?~

Banyak persoalan yang timbul berkenaan pengambilan darah untuk cek darah di bulan Ramadhan adakah ia batal atau tidak. Di sini ada penjelasan daripada ulam terbilang ketika ini iaitu Dr Yusof Al-Qaradhawi.


1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

Sumber di petik daripada zaharuddin.net

1 comment:

  1. Salam mesra. :)
    Kak Fash nak ajak join giveaway dari Wanita2u. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    Main website : www.wanita2u.com

    ReplyDelete