15 April 2012

~Upin and Ipin The Musical~

Assalamualaikum...Betapa gumbiranya tadi pergi tengok Upin and Ipin The Musical kat Panggung Sari, Istana Budaya. Keseronokan itu melebihi kanak-kanak yang berada di situ..hehehe. Kalau sesiapa yang ada anak-anak, adik-adik, anak saudara sila la bawak mai tengok. Seronok seronok seronok (dah jangkit dengan Si Ipin...hehe) Dah ngantuk tak larat nak update. Bila-bila nanti saya post gambo bebanyak. Selamat Malam daaaa

Upin : Jangan Lupa Baca Doa ye...
Ipin : Betul Betul Betul ~~


04 March 2012

~Suka-Suki Di Dapur : Apam Polkadot Bhgn 2~

Assalamualaikum...

Wah2 siap ada bahagian 2 lagi pasal apam ni..hahaha. Semalam ada buat lagi apam polkadot ni. Saja buat buah tangan nak kasi kat orang. Moh ler kita nengok yer ^_^



 Sebelum di masak

 Apam polkadot..Tapi aku suka namakan dia Apam Dinasour..hehe

 Apam Ladybird kaler merah kuning..huhu

 Irfan dok meng'ushar' Apam Strawberry.. :)

 Yehuuuu !!! Ini la apam yang MakYang buat (Irfan Cakap)

Jeng Jeng Jeng...

Lepas ni nak buat lagi..nak kasi betul-betul expert. Practice makes perfect ye dok...^_^

02 March 2012

~Suka-Suki Di Dapur : Apam Polkadot~

Assalamualaikum....syukur kepada Allah tadi kakak ipar je lahirkan baby kedua. Nnti ada masa saya upload gambo baby. Hari ni saya nak bgtau mengenai apam polkadot..mesti penah dengarkan? dulu byk orang lukis dot dot je...skrg ni dah macam2 gambo orang buat...^_^

 Ni la bahan-bahan sebelum nak buat apam comey



Lukis gambar strawberry ;)



 Inilah Hasilnya !!!

Sesiapa yang berminat nak tempah boleh la bagitau saya ye..Lepas ni nak try buat gambo spongebob, ladybird, bee, dot dot..insyaAllah ^_^

13 February 2012

~Tahniah Skuad Malaysia !!!~

Alhamdulillah skuad Malaysia berjaya tambah pingat !!! YEHUUUU!!!

Dengan semangat kesukanan aku dan adik aku dah melangut depan astro Arena nak tengok Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur. Confirm nak tengok Azizulhasni Awang..hehe. Orangnye kecik aje tapi semangat juang dia tinggi. 

Mungkin disebabkan kecedaraan dan belum pulih sepenuhnya, Azizul dapat tempat kedua saja manakala Josiah Ng dapat pingat emas dalam kategori sama iaitu kategori Keirin Elit Lelaki. Memang mencabar. Rugi siapa yang tak tengok...^_^

Untuk acara Keirin Elit Wanita pun menarik. Atlet wanita kebangsaan, Fatehah Mustapa dapat pingat emas jugak. Smart habis masa Fatehah pecut nak sampai garisan penamat. Bagi kategori Keirin Remaja Wanita, Ummi Habibah sumbang pingat perak buat Malaysia. Nasib tak menyebelahi untuk kategori Keirin Remaja Lelaki. Pelumba negara hanya dapat tempat ke-5 dan ke-6 je.

Apapun congrate pelumba-pelumba kita! Caya la!

Empat pelumba negara (dari kiri), Umi Hamimah Mohamad, Josiah Ng, Fatehah Mustapa dan Mohd Azizulhasni Awang bersama pingat yang dimenangi pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Ahad. - fotoBERNAMA

 p/s : Nak tengok laporan penuh boleh klik di sini --->mStar Online

12 February 2012

~Shopping : Ubat Melepaskan Tekanan~

Assalamualaikum..

Dari semalam aku mogok. Adalah masalah orang perempuan. Tengahari tadi aku sorang-sorang pun pecut la pergi bank. Buat apa dekat bank? Nak rompak bank ke? Saja buat suspen. Aku nak transfer a.k.a pindah wang kat adik aku yang tengah kekeringan wang..hehe. Lepas tu malas bebeno nak balik rumah. Aku pun pergi la Jusco yang ada dekat situ. Lokasi Jusco adalah dirahsiakan (rasa macam artis pulak nak rahsia-rahsia..hehe)

Aku pun ke hulu ke hilir. Perut terasa lapo. Dah macam-macam lagu keluar dari perut. Lagu Isabella ada, Beribu Sesalan ada macam-macam ada. Pergi singgah beli air. Pastu aku pun menapak ke tempat wajib pelajar-pelajar yang ada baucer rm200. Cuba teka kat mana? POPULAR la jawapannya. Sebab popular je ada kat situ. Kalau ada BORDERS ke MPH ke confirm aku masuk situ jugak.

Kepala dok tension. Tengok buku-buku banyak bertambah la geram aku tengok. Rasa macam nak ambil semua. Aku pun mulakan operasi. Ambil bakul. Pergi rak agama. Belek satu persatu. Capai dua buku. Pergi rak sekolah rendah. Cari yang mana sesuai. Capai lagi dua buku. Pergi rak majalah. Sambar satu majalah kesukaan. Memang suka hati aku nak capai semua. Ikutkan lebih kurang dua jam aku kat dalam popular tu.

Dah dapat semua yang aku nak terus aku pergi kaunter. Jumlah semua buku dalam RM 1**.** lebih kurang macam tu. Pergh terasa macam hilang tension. Terasa melayang-melayang je masa aku keluarkan duit. Kepuasaan membeli tu terasa. Tambah-tambah keluar duit untuk buku. Serius babe rasa indah. Patut la orang selalu cakap shopping tu salah satu cara nak menenangkan fikiran yang serabut. Baru hari ni aku terasa kenikmatan dia. Selama ni aku beli kasut ke baju ke time tu aku x tension pon. Tapi bila membeli-belah time perasaan tengah serabut memang mujarab. Terbaekkk bak kata BoboiBoy..^_^

Meh tengok buku-buku yang berjaya merobek mencuri hatiku....

1. Bahkan Para Sufi Pun Kaya Raya


2. Khalifah-Khalifah yang Benar Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali

Dalam senarai sebenarnya nak beli himpunan kisah Rasulullah. Tapi dekat sana tak ada. Dapat buku ni pun dah cukup bahagia. Lepas ni nak cari buku mengenai Rasulullah dekat tempat lain..Doakan semoga ada ^_^

3. Majalah Impiana  (Aku sangat suka majalah ni. Tak sabo nak ada rumah sendiri)


4. Puteri Tudung Bermanik (for Lailatul Najwa and.............. ME ^_^)

Hehehe..sebenanya aku yang suka baca buku-buku comel macam ni. Alasan je tu beli untuk Awa.

5. Mathematics Year 3 (untuk Lailatul Najwa)

Awa lemah Math. Lepas ni kalau ada rezeki boleh beli dekat Awa lagi buku-buku latihan macam ni.

6. Sejarah Tingkatan 1 (ini untuk Areyza Najwa)

Untuk Bu. Cool kan? Belajar sejarah dalam bentuk komik. Kenapa masa aku dulu tak ada buku macam ni?

7. Geografi Tingkatan 1 (untuk Areyza Najwa jugak)

Disebabkan aku memang suka komik, maka inilah hasilnya. Cari buku rujukan ala-ala komik...hihu

8. Sejarah Tingkatan 4 (for my lil bro)

Harap-harap la my bro suka baca Sejarah lepas ni.

9. Sains Tingkatan 4 (also for my bro)


10. Phrasal Verbs in Action

 Belajar Verb dalam bentuk komik. Komik lagi??? hehehe

11.Grammar in Action 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Inilah hasilnya :)

Alhamdulillah berjaya memborong buku-buku yang berfaedah... yehuuuuuuu. Memang dari kecik hobi baca buku. Kalau tinggalkan aku seharian dalam rumah yang penuh dengan buku adalah perkara yang indah...hehe. Esok nak pergi shopping dengan kakak kesayangan. Nak cari hadiah untuk mak. 

“Saya pilih menjadi orang miskin yang tinggal di pondok penuh buku daripada menjadi raja yang tidak punya hasrat untuk membaca” 
- Thomas Babington -

22 December 2011

~Jom Berjalan 10000 Langkah, Boleh Kurus oooo~

Sob sob sob T_T.. berat badan aku dah berlebihan ok. Malam semalam baru je bedal sepinggan nasi kandaq. Tiap-tiap malam makan je. Kalau tak maggi, mesti goreng nugget la macam-macam. Sekarang dah nampak dah kesan tak baik kat diri aku. Korang tengok la BMI aku ni ->

Waaaaa aku GEMOKKKKK T_T

Jadi, dengan ini, mulai hari ini, di saat ini, di kala ini, di waktu ini aku kena bersenam balik. Tak nak jadi GEMOOOOKKK! Kalau nak pergi berenang ke pegi gym ke macam leceh kan <--- (alasan orang malas bersenam). Tapi tak apa, ada senaman yang paling MUDAH dan SENANG di muka bumi ini supaya anda mendapat berat badan IDEAL iaitu BERJALAN 10 000 LANGKAH SEHARI. Diulangi SEHARI ye. Bukan berjalan 10 000 langkah untuk sebulan ye..hahahaha. Kalau nak tahu lebih banyak info klik kat link ni --> Website Kementerian Kesihatan Malaysia

Nak tahu jugak BMI orang lain macammana ye. BMI Kak Faz normal (wah jeles ni). Ni ada calculator BMI ---> Calculator for BMI. Jangan malu-malu nak kira. Aku tak nampak pun hehehe.


"10,000 steps to a healthier you!"


20 December 2011

~603-27818181 who's this ???~

Tadi dapat missed call drpd no ni +60327818181
Googled around n found one forum saying it's AIA's people trying to promote their insurance 
~ its lucky i didnt pick up ! \(^_^)/

Terdetik hati nak google sbb nak check kot2 ni no dari biasiswa department. Hati-hati ye sebab this people dah banyak menyusahkan orang.Diaorang akan call banyak kali and it is very annoying. Diaorang akan mintak nama penuh, nama mak, IC dan segala bagai. 

Jalan terbaik ABAIKAN sahaja. JANGAN berikan apa-apa maklumat kepada nombor yang TIDAK DIKENALI. Ada-ada banyak lagi nombor-nombor yang termasuk dalam list scam ni. Dapat je nombor pelik-pelik terus je google.




Ni ada satu website yang kita boleh tanya nombor yang kita nak tau --> http://whocallsme.com/